 |

Alhamdulillah, saya merafakkan kesyukuran setulusnya kepada Allah S.W.T. kerana berkat izin dan inayahnya saya dan seluruh jentera gerak padu Intelligence Pc Centre terus diberi kekuatan dan kudrat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami.
Mengimbas kembali, bagaimana sebuah mimpi yang seakan mustahil, dan dipandang enteng oleh sesetengah pihak, di mana keraguan timbul, apakah generasi muda seperti kami mampu bersama arus deras dalam dunia perniagaan yang telalu kompetitif dan berdaya saing. Kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan adalah intipati serta kekuatan saya untuk meneruskan agenda bagi merealisasikan sebuah impian menjadi nyata. Berkat dorongan moral, material dan doa dari keluarga, sahabat seperjuangan dan mereka yang lebih berpengalaman menjadikan cita-cita, pengorbanan dan perjuangan saya tampak yakin dan mampan. Sekumpulan anak muda generasi muda yang pada saya adalah lahir dari kumpulan yang ‘luarbiasa’ inilah menjadikan Intelligence Pc Centre pada hari ini bergemerlapan dan seterusnya memacu sebuah kejayaan yang melangkau jauh seiring dengan aspirasi YAB Ayahanda Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, yang menginginkan pembinaan sahsiah dan personaliti unggul di kalangan generasi muda melayu. Menyahut sebuah hasrat dan sebuah tekad, maka dengan itu bermulalah perjalanan saya dalam menongkah arus yang lebih deras lagi mencabar.
Berbekal kepada semangat ’Malaysia Boleh’ saya amat yakin untuk meneruskan perjuangan ini walau dilanda badai gelora. Tidak ada yang mustahil, jika segala iltizam disulami dengan kesungguhan dan ketabahan dalam menghadapi arus yang radikal untuk bersaing dalam gelanggang perniagaan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat. Kerajinan dan komitmen merupakan elemen penting dalam menggarap paduan kejayaan dan penghormatan.
|
Saya bersyukur, kerana kesemua tenaga pemikir dan tenaga kerja Intelligence Pc Centre yang muda telah memberikan saya satu semangat ‘ajaib dan luar biasa’ untuk menongkah dengan lebih yakin dalam melaksanakan agenda yang lebih besar. Inilah barisan padu kepimpinan yang pada saya adalah kombinasi terbaik pernah saya temui. Berdedikasi, tabah, cekal, bersungguh, ikhlas dan berdaya saing adalah ciri dan resepi bagaimana kami semua merangkak, bertatih, berjalan dan berlari dalam menuju puncak kegemilangan.
Akhir bicara, saya persembahkan sebuah pasukan impian yang terbaik dikalangan yang terbaik. Fahamilah maksud bait-bait ungkapan dibawah yang mempunyai maksud yang amat dalam pengertiannya. |
“... Bila benci musuhmu dan sayang temanmu tidak lagi mempengaruhi tegakmu yang adil, Bila engkau telah sanggup mengambil hikmat dari aliran zaman, mengambil manfaat dari perubahan, Maka semuanya dapat kau tawan, bukannya engkau yang ditawan.”
“ Bila semuanya sanggup kau hadapi, Kesetiaanmu pada perjuangan murni ini tidak berbelah bahagi, Maka engkaulah pahlawan pertiwi, engkaulah yang berhak mempusakai bumi dan seisi, Engkaulah sebenarnya bangsa sejati. Di mulut ku lafazkan hasrat Di hati ku bakar semangat. Pada semua ku pohon tekad.” |
- Sheikh Nafiq Alfirdaous, Chief Executive Officer |